Para jemaah harus memberi dokumen-dokumen tersebut:
Lelaki:
- 18 Tahun ke atas tidak perlu apa-apa dokumen
Lelaki atau perempuan bawah 18 tahun:
- Pergi bersama ibu bapa: Surat lahir.
- Pergi bersama ibu: Surat lahir anak dan surat keizinan bertulis yang dibuat oleh mahram yang sah seperti bapa, datuk atau adik beradik lelaki sahaja.
- Pergi bersama makcik / pakcik: Surat lahir anak, surat lahir ibu / bapa si anak dan surat lahir pakcik /makcik yang ada kaitan dengan si anak serta surat keizinan bertulis yang dibuat oleh mahram yang sah seperti bapa, datuk atau adik beradik lelaki sahaja.
- Pergi bersama datuk / nenek: Surat lahir diri dan ibu / bapa, serta surat keizinan bertulis yang dibuat oleh mahram yang sah seperti bapa atau adik beradik lelaki sahaja.
- Anak angkat: Surat hak penjagaan anak dan dokumen rasmi dari pihak peguam.
Wanita berusia 45 tahun keatas:
Sudah berumahtangga:
- Pergi bersama suami: Surat nikah.
- Pergi bersendirian: Surat nikah dan surat keizinan bertulis yang dibuat oleh suami.
Belum berumahtangga :
- Pergi bersendirian: surat lahir dan surat keizinan bertulis yang dibuat oleh mahram yang sah seperti bapa atau adik beradik lelaki sahaja. Surat lahir mereka yang memberi keizinan harus disertakan.
- Janda: Surat kematian/penceraian, surat keizinan bertulis yang dibuat oleh mahram yang sah seperti bapa atau adik beradik lelaki sahaja
Penduduk Tetap / Pemegang Pass Kerja / Pemegang Kad Hijau:
- Salinan kad pengenalan
- Pass kerja (Work Permit) berlaku 6 bulan sebelum tamat tempoh
- Salinan kad hijau, berlaku 6 bulan sebelum tamat tempoh
Sewaktu Pendaftaran:
Para jemaah harus membayar:
- Wang pendahuluan sebanyak $500.00.
Para jemaah harus menyerahkan:
- Passport 6 minggu sebelum tarikh keberangkatan dan pastikan passport masih berlaku 6 bulan sebelum tamat tempoh.
- Jemaah Haji: 3 keping gambar ukuran passport dan 3 keping gambar 4 x 6 cm berwarna.
- Jemaah Umrah: 2 keping gambar ukuran passport dan 2 keping gambar 4 x 6 cm berwarna.
- Surat suntikan Mencevax ACYW135 (Meningococcal Meningitis).
- Buku Kesihatan (Health Booklet) untuk kanak-kanak.
- Salinan passport

Contoh bagi gambar ukuran 4 x 6 cm
Gambar harus diserahkan 2 bulan sebelum keberangkatan
(Harap memakai tudung bagi kaum wanita) |